Perhatian! Permainan Yang Menghina Agama Islam

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Perhatian! Permainan Yang Menghina Agama Islam | Kita sebagai anak anak muda dan sebagai ibubapa haruslah memerhati orang disamping kita, kadang kadang anak anak atau adik adik kita bermain games tanpa kita sedari games yang dia main menghina agama Islam. Adakah patut dibiarkan ? Jom sama sama kita semak balik apa yang anak anak kita main.

Perhatian! Permainan Yang Menghina Agama Islam

Kuala Lumpur: Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak mereka yang gemar bermain komputer berikutan satu permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini dikesan mengandungi elemen yang menghina Islam dan menjejaskan akidah.

Ini kerana pemain permainan itu tanpa disedari berperanan seolah-olah sebagai Tuhan kerana mampu mengawal karakter nabi bagi menyebar apa juga agama.

Selain itu, bandar suci umat Islam Makkah dan Madinah juga diletakkan di bawah penguasaan pasukan penakluk bukan Islam yang jelas dipaparkan menerusi simbol tertera.

Difahamkan, permainan itu sudah berada di pasaran sejak awal 1990-an lagi dan permintaan tinggi penggemar permainan komputer mendorong pihak pengeluar memperbaharui, menambah baik serta mengeluarkan beberapa siri baru.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Pulau Yang Mempunyai Rumah Setinggan Yang Padat Tapi Maju

Perhatian! Permainan Yang Menghina Agama Islam
Beki Mustaffa

Nota: