Peratusan Penggunaan Android 4.x Melangkaui Angka 80%

Setiap bulan, pihak Google mengemaskini angka statistik penggunaan versi Android di seluruh dunia dalam usaha memudahkan pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka. Terkini, Google turut telah menerbitkan carta mereka untuk tarikh berakhir 1 April 2014.

Android April 2014

Melalui perkongsian baru ini, Android Jelly Bean masih meliputi sebahagian besar penggunaan Android di seluruh dunia, iaitu 61.4%, dan diikuti oleh Gingerbread yang telah diperkenalkan beberapa tahun sebelum ini pada kadar 17.8%.

Di tempat ketiga adalah Ice Cream Sandwich pada 14.3%, dan versi Android terkini meliputi sebanyak 5.3% peratus peranti.

Berkemungkinan kita akan terus kekal melihat Jelly Bean menguasai carta, dan mungkin juga kita akan dapat melihat peningkatan drastik Android 4.4 KitKat dalam masa beberapa bulan lagi.

Jadi, apakah angka versi Android yang digunakan anda hari ini?

Nota: