Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca fuh.my mesti anda semua tak sabar nak tengok perasmian Victoria Bridge. Admin nak cerita sedikit tentang Victoria Bridge ni, Tujuan penganjuran acara ini bagi memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini dan mewujudkan ‘Victoria Bridge’ sebagai destinasi terbaru pelancongan di Kuala Kangsar bagi mendapat pengiktirafan dan diwartakan sebagai Tapak Warisan daripada Jabatan Warisan Negara.

Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Perasmian Victoria Bridge 2014 Disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz. Layanan yang baik diberikan kepada pihak media, memberi peluang untuk pihak media merakamkan segala aktiviti yang sedang berlangsung tanpa gangguan yang besar. Penari-penari dari Istana Budaya juga dijemput khas bagi membuat persembahan pada majlis Perasmian Victoria Bridge 2014.

DSC 0592 Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

RCP 2111 Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Selepas pelancaran selesai, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk yang bermacam macam pilihan dan yang paling seronok makan dengan menggunakan tangan dan duduk bersila, tidak kira rupa paras ataupun warna kulit semua makan sambil bersila dan menggunakan tangan.

RCP 2295 Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Pada hari perasmian ini juga, 5 biji meriam digunakan untuk mengimbau zaman penjajahan dahulu kala. Terdapat juga anggota polis yang memakai seragam polis pada zaman dahulu.

DSC 0127 Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Aktiviti seterusnya rakan rakan bloggers dan media naik ke atas Victoria Bridge untuk bergambar dengan gaya masing-masing. Tempat yang sangat cantik untuk ambil gambar kawin ataupun untuk gambar potret.

RCP 2550 Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014 RCP 2551 Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Akhir sekali, admin nak ucapkan terima kasih kepada rakan bloggers dan media yang sangat membantu menghangatkan lagi suasana, tidak lupa juga terima kasih kepada RTAM (Railway Tourism Association Malaysia) kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami (bloggers dan media) untuk membuat liputan menyeluruh untuk program Railway Tourism Perak 2014.

*Kepada sesiapa yang mahu mengikuti perjalanan kami dari awal jom terjah link di bawah ni :

Perasmian di KL Sentral

Pesta Makanan Lenggong 2014

If you enjoyed this post, you should read this: Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014

Perasmian Victoria Bridge Seberang Karai VMY2014
Beki Mustaffa

Nota: