Peranti Nexus Tidak Akan Menerima Fungsi Khusus Google Pixel Walaupun Selepas Kemas Kini Android 7.1

Dengan pelancaran Google Pixel dan Pixel XL, peranti Nexus dilaporkan akan berkubur. Biasanya apabila peranti terkini Google dilancarkan, kesemua fungsi baru akan diterima pada peranti Nexus. Tetapi tahun ini berlaku perubahan drastik di mana beberapa fungsi Pixel tidak akan dibawa ke Nexus walaupun selepas menerima kemas kini Android 7.1.

Senarai lengkap fungsi yang kini eksklusif pada peranti Pixel adalah seperti di bawah. Seperti yang adan boleh lihat fungsi paling menarik Pixel seperti Pixel Launcher dan Google Assistant tidak akan diberikan. Ini pastinya akan menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan pemilik Nexus yang inginkan yang terbaik daripada Google. Apa pula pendapat anda? Adakah ini langkah kurang bijak dari Google?

  1. Pixel Launcher
  2. Google Assistant
  3. Storan video dan gambar pada resolusi asal tanpa had.
  4. Smart Storage
  5. Screen-share
  6. Aplikasi Kamera Pixel
  7. Bantuan telefon 24 jam

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: