Peranti Kalis Letupan Bom Goreltex CTG-ST Dilancarkan Di Russia

Jenaka letupan bom semakin berkurangan di ruangan komen sejak beberapa hari ini. Terima kasih kerana tidak berperangai seperti remaja juvana yang baru menemui internet. Insiden letupan peranti Note 7 harus dipandang serius kerana boleh mengakibatkan kerosakan harta yang terus. Samsung bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ramai yang berjenaka untuk Note 8, Samsung perlu menghasilkan peranti kalis letupan. Mereka telahpun dipintas terlebih dahulu oleh pengeluar dari Russia.

CTG-ST ialah sebuah telefon kalis letupan keluaran Zavod Goreltex. Ia dilengkapi skrin 2.2″, diperkasakan pemproses MediaTek MT6260A, storan 1MB, kamera sebesar 0.3-Megapixel dan bateri sebesar 2500 mAh. Kerangka peranti diperbuat daripada gentian kaca dan getah Selain kalis letupan ia juga mempunyai kemampuan kalis air IP 67. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini tetapi sekiranya anda memerlukan peranti tahan letupan, inilah peranti untuk anda.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: