Peranti Dan Komputer Riba Perlu Dihidupkan Sebelum Menaiki Pesawat Ke Amerika Syarikat

Dunia pasca 911 menyukarkan kita untuk menaiki pesawat. Pemerikasaan keselamatan semakin ketat dan mengambil masa yang lama untuk dilepasi. Setiap objek yang dibawa kini perlu diimbas mesin sinaran X dan pengawal keselamatan diberikan kebebasan menyentuh tubuh anda atas alasan mengelakkan kegiatan keganasan. Kami sudah biasa dengan prosedur keselamatan ini dan dalam perjalanan melakukan tugasan luar Negara untuk Amanz, pelbagai perkara kami lakukan untuk mempercepatkan proses ini seperti mengeluarkan peranti keluar dari beg.

Kini proses pemeriksaan di lapangan terbang akan menjadi lebih ketat dengan peraturan baru untuk pesawat memasuki United Kingdom dan Amerika Syarikat. Prosedur keselamatan baru yang kini berkuat kuasa ialah kesemua peranti dan computer yang dibawa masuk ke dalam pesawat perlu ditujukkan mampu dihidupkan kepada pegawai keselamatan. Ini bagi membuktikan apa yang dibawa masuk memang peranti yang berfungsi dan bukan hanya bekas simpanan bom. Peranti yang gagal untuk dihidupkan akan dihalang dibawa masuk. Oleh itu pastikan peranti anda dicas sebelum ke lapangan terbang kerana pihak keselamatan kini mempunyai hak merampasnya dari anda.

Langkah keselamatan ini diperkenalkan kerana pihak perisikan Amerika Syarikat mempercayai serangan keganasan baru bakal dilakukan di negera mereka dan UK. Mereka menyenaraikan telefon iPhone dan Samsung Galaxy sebagai peranti yang harus diberi perhatian kerana dikatakan menjadi pilihan utama pengganas yang berpengkalan dari Syria. . Dalam memo keselamatan yang diedarkan pihak perisikan Amerika Syarikat juga berkata serangan bakal datang dari pengganas warganegara UK yang berjihad di Syria.

Ini nyata sebuah lagi langkah keselamatan yang membuatkan kami semakin malas untuk menaiki pesawat. Apa yang rasakan menarik ialah jenama peranti popular iPhone dan Samsung menjadi pilihan pengganas. Kini bolehlah dikatakan dua jenama besar ini tidak lagi hipster tetapi sudah arus perdana.

TSA Debuts Full Body Imaging Screeners At O'Hare Airport

Sumber The Telegraph

 

Nota: