Peranti Blackberry Terkini Akan Dikenali Sebagai DTEK 60 Dan Diperkasakan Dengan Snapdragon 820

Blackberry DTEK50 dilancarkan Julai lalu dan merupakan sebuah Alcatel Idol 4 yang dijenamakan semula. Mereka dijangka melancarkan sebuah lagi peranti baru dengan kod nama Argon. Nama rasmi dan spesifikasi peranti ini tertiris pada laman rasmi Blackberry semalam. Ia akan dilancarkan sebagai Blackberry DTEK60 dan merupakan sebuah peranti utama berspesifikasi tinggi.

DTEK 60 dilengkapi skrin 5.5″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 21-Megapixel dan kamera selfie 6-Megapixel. Akhir sekali ia dilengkapi bateri 3000 mAh yang dicas menggunakan port pengecasan USB-C. Spesifikasi yang baik namun pemproses mungkin sedikit ketinggalan kerana Snapdragon 821 telahpun dihasilkan. Kepada peminat Blackberry apakah pendapat anda tentang DTEK60.

 

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: