Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Perak Vs Lions XII Piala Malaysia 27 Ogos 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia 2013 peringkat kumpulan antara pasukan neger Perak menentang pasukan dari seberang iaitu Lions XII. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh dan dijangkakan sepak mula pada jam 8.45 malam.
Perak Vs Lions XII Piala Malaysia 27 Ogos 2013
Pelbagai kemungkinan boleh diramalkan dalam perlawanan ketiga bagi kedua-dua pasukan pada malam ini. Status atau kedudukan kedua-dua pasukan kini dilihat agak berbeza. Lions XII selaku Juara Liga Super 2013 sememangnya sebuah pasukan yang sempurna disegenap posisi dan memiliki mutu persembahan yang mantap sebelum ini, tetapi kini mereka bergelut untuk mencari mata berharga demi mengubah nasib dalam merebut piala berprestij ini.
Bagi Perak mudah, setiap perlawanan dihadapi dengan seperti ianya kali pertama dan sama pentingnya. Menang ke atas Sarawak minggu lalu mencetuskan aura tersendiri namun sedikit tercalar di Alor Setar Sabtu lalu apabila diikat 1-1 di minit-minit akhir permainan biarpun Perak dikatakan berhak membawa pulang 3 mata ketika itu.
Perak amat memerlukan tiga mata pada malam nanti. Begitu juga Lions XII yang kini menghuni tangga tercorot Kumpulan D amat menagih 3 mata di Ipoh untuk memastikan mereka terus berada dalam cabaran ini. Perak yang tampil dengan penjiwaan permainan yang baharu mempamerkan konsistensi hasil sentuhan Azraai Khor yang mempertaruhkan gandingan lama dan baru menghasilkan impak yang cukup berkesan terutama di jentera tengah dan serangan.
Dalam perlawanan lalu, Perak berjaya menguasai permainan dengan baik cuma agak sukar menjaringkan apabila Paolo Rangel dikawal rapi dan mujur anak muda Perak Khairul Asyraf Sahizah tampil membantu dengan jaringan yang cukup bermakna.
Dalam perlawanan menentang Lions XII nanti, Azraai Khor seharusnya memiliki ramuan ampuh untuk meraih 3 mata dan memperbaiki kelemahan lalu yang hanya mampu seri dengan Lions XII di Ipoh dalam pertemuan kedua mereka musim Liga Super yang lalu. Kesempatan bermain di laman sendiri seharusnya dipergunakan sebaiknya kerana nanti di Jalan Besar sudah semestinya Lions XII akan berhabis-habisan menggunakan kelebihan itu untuk menafikan 3 mata untuk lawan mereka.
Dua perlawanan lalu, Perak mempamerkan aksi yang baik dan diharapkan, perlawanan ketiga ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya sambil mengekalkan pemain yang beraksi cemerlang untuk mengekalkan tempo permainan seperti sebelumnya. Perak mampu membuat kejutan seperti mana pasukan-pasukan kerdil lain. Tiada yang mustahil. Tumpuan yang jitu dan fokus yang mantap akan menghasilkan keputusan yang sepatutnya diperoleh.
Perak Vs Lions XII Piala Malaysia 27 Ogos 2013 | Dipetik dari : Seladang.Net
If you enjoyed this post, you should read this: Rating