Penyesuai Lightning Ke Bicu Audio 3.5 mm Mula Dijual Apple

iPhone 7 dan 7 Plus ialah peranti pertama Apple yang tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm. Ini adalah bagi memberikan kualiti audio lebih tinggi berbanding sebelum ini. Setiap pembelian peranti akan disertakan dengan EarPods berwayar dengan sambungan Lighthing. Kepada pemilik yang menggunakan fon kepala dengan sambungan 3.5 mm, penyesuai tidak disertakan di dalam kotak.

Sebaliknya mereka perlu membeli penyesuai rasmi yang dihasilkan oleh Apple. Berita baik di sini ialah ia sudah mula ditawarkan di laman rasmi Apple Malaysia pada harga RM 49 sebuah. Walaubagaimanpun pesanan belum boleh dilakukan kerana ketiadaan stock. Harga jualan di Malaysia sedikit lebih mahal berbanding $9 (~RM 37) yang ditawarkan di Amerika Syarikat.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: