Penyayi Kartina Dahari Peninggal Dunia

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Penyayi Kartina Dahari Peninggal Dunia | Dari Dia kita datang, dan kepada Dia jugalah kita kembali. Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong, Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, petang tadi akibat barah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini.

“Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas bertahun-tahun menderita penyakit barah.

“Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana,” katanya kepada BH.

Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon.

Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan. –BH

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Penyayi Kartina Dahari Peninggal Dunia
Dr Fuh

Nota: