Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga | Penjara San Pedro yang merupakan sebuah penjara yang terbesar di La Paz, Bolivia amat terkenal dengan keadaan penjaranya yang mempunyai unsur kemasyarakatan.

Apa yang menjadikan penjara ini lain dari yang lain adalah kerana para banduan di penjara ini bekerja seperti di dalam komuniti yang berada di dunia luar contohnya seperti membayar sewa atau memberi sewa penginapan, dan mereka juga tinggal di penjara itu bersama keluarga persis seperti kehidupan di dalam pekan. Pihak polis jarang memasuki penjara ini malah mereka hanya perlu mengawal di bahagian luar penjara sahaja.

Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga2 Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga3 Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga

Selain terdiri daripada 1,500 banduan, penjara ini juga terdiri daripada mereka yang bukan banduan. Isteri dan anak-anak para banduan ini juga dibenarkan masuk dan keluar dari penjara ini secara sesuka hati mereka.

Hal ini berlaku kerana, sekiranya suami mereka yang terdiri daripada banduan itu tidak bekerja, keluarga mereka akan mengalami kesulitan hidup di luar sana. Jadi, mereka sering membawa masuk barang-barang ke dalam penjara untuk dijual sama ada dengan cara mendirikan gerai atau pun menjual dari sel ke sel.

Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga4 Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga5 Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga6 Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga

Selain itu, seramai 200 anak-anak banduan ini akan diasuh oleh 2 pusat jagaan (nurseri) yang disediakan oleh pihak penjara atau dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan penjara. Sesetengah dari mereka juga banyak menghabiskan masa bermain dengan pengawal penjara.

sumber

If you enjoyed this post, you should read this: People

Penjara Di Bolivia Banduan Berniaga Dan Hidup Berkeluarga
Emas Putih

Nota: