Penggunaan Android Jelly Bean Mencapai Lebih 60%

Setiap bulan, pihak Google mengemaskini data penggunaan platform Android pada peranti-peranti pengguna seluruh dunia. Terkini, hari ini dilihat pihak Google mengemaskininya sekaligus memperlihatkan perkembangan penggunaan Android Jelly Bean mencapai sehingga 60.7%.

Android Dashboard Februari 14

Secara kasarnya, kita dapat lihat penggunaan versi Android 4.2 Jelly Bean dan ke bawah mengalami penurunan – berkemungkinan kerana peranti baru hadir dengan versi Android terkini disamping pelbagai peranti sedia ada yang telah mula menerima kemaskini Android 4.3 Jelly Bean.

Penggunaan Android 4.4 KitKat turut dilihat mengalami peningkatan, tetapi tidak begitu tinggi dan hanya mencapai angka sekitar 1.8% sahaja daripada penggunaan peranti Android aktif seluruh dunia.

Gingerbread yang diperkenalkan sekitar Februari 2011 dilihat masih digunakan pada kebanyakkan peranti, dan menduduki tangga versi kedua tertinggi dengan penggunaan aktif mencapai 20%. Namun, penggunaannya berkurangan dari bulan ke bulan memandangkan lebih ramai beralih ke peranti Android yang baru.

Bagi anda, apakah angka versi Android yang digunakan anda hari ini?

Nota: