Pengguna Peranti HTC Kini Menerima Storan Percuma Google Drive Sehingga 100GB

HTC bersama-sama dengan pihak Google sedia menawarkan ruangan percuma di Google Drive untuk pengguna peranti mereka. Terkini, promosi tersebut dikemaskini dan pengguna boleh menikmati ruangan percuma sehingga 100GB untuk beberapa peranti terpilih.

Ruangan percuma sehingga 100GB di Google Drive ini ditawarkan untuk pengguna HTC One M8, HTC One Max, HTC Desire 816, dan juga HTC Desire 610. Ruangan percuma ini ditawarkan untuk tempoh sehingga dua tahun lamanya.

Untuk mendapatkannya, pengguna hanya perlu mengakses aplikasi Google Drive pada peranti berkenaan, dan ia akan memaparkan informasi untuk mendapatkan ruangan percuma tambahan tersebut melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan peranti HTC terbaru ini, mungkin boleh menyemak peranti anda dan mendapatkan ruangan percuma tambahan ini secara percuma. Sebelum ini, pihak HTC sedia menawarkan ruangan percuma di Google Drive, tetapi ia hanya terhad untuk 50GB sahaja ketika itu.

Nota: