Pengguna Moto G? Kini Anda Boleh Kemaskini Ke Android 4.4.4 KitKat

Moto G 4.4.4 KitKatMotorola, sejak pengenalan Moto G dan Moto X, mereka turut sama telah mula menawarkan kemaskini Android dengan pantas berbanding pelbagai pengeluar lain. Terkini, selepas menawarkan kemaskini Android 4.4.4 KitKat untuk pengguna di beberapa buah negara, pengguna di Malaysia turut mula mendapatnya sejak daripada awal pagi ini.

Kemaskini Android 4.4.4 KitKat ini merupakan kemaskini terkini daripada pihak Google, memfokuskan kepada sekuriti dan prestasi platform tersebut, disamping menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Antara perkara baru yang hadir adalah termasuk aplikasi dialer yang dikemaskini, sokongan menjedakan video ketika rakaman, dan juga kemaskini pada Motorola Alert.

Bagi anda yang menggunakan Moto G, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke halaman Settings > About Phone > System Updates.

Nota: