Pengguna Lumia 920? Peranti Anda Sedia Dinaik-Taraf Ke Lumia CYAN

Selepas memperkenalkan kemaskini kepada beberapa peranti, hari ini pihak Microsoft turut telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia Cyan kepada pengguna peranti Nokia Lumia 920 di Malaysia.

Lumia 920

Seperti umum sedia maklum, kemaskini Lumia Cyan membolehkan pengguna menikmati beberapa fungsi baru yang hadir bersama-sama Windows Phone 8.1, termasuk antaranya adalah sokongan papan kekunci seumpama Swype yang dinamakan WordFlow, kebolehan melihat pelbagai notifikasi dari satu halaman melalui Action Center, sokongan pembantu maya Cortana (perlu mengubah tetapan peranti ke pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu), serta pelbagai perkara lain.

Bagi pengguna peranti Lumia 920, anda boleh menaik-taraf peranti anda dengan ke halaman Settings > Phone Update hari ini.

Nota: