Pengguna HTC One Sedia Ada Akan Menerima Ruangan Percuma Di Google Drive

Bermula pengenalan HTC One Max, pihak HTC dilihat memfokuskan kepada tawaran ruangan storan percuma melalui Google Drive. Menariknya, selain pengguna baru untuk peranti berkenaan, ia dilihat melalui kemaskini Sense 5+ yang sedang diperkenalkan, ruangan storan percuma sebanyak 25GB turut ditawarkan untuk pengguna sedia ada HTC.

Perkara ini dilihat akan diperkenalkan bermula daripada pengguna peranti HTC One, dan akan turut menyokong beberapa model HTC untuk tahun 2013 ini. Untuk menerimanya, pengguna akan terlebih dahulu diperlukan untuk menaik taraf peranti mereka dengan kemaskini baru Android dan juga HTC Sense.

Pengguna HTC One Sedia Ada Akan Menerima Ruangan Percuma Di Google Drive

Tawaran ini disediakan oleh Google sehingga 1 Januari 2016 kelak, dan setiap peranti boleh menerimanya hanya sekali sahaja. Setiap tawaran ruangan percuma juga terhad kepada dua tahun.

Buat masa ini, pengguna HTC One tempatan masih belum menerima kemaskini Android 4.3 dan Sense 5+ untuk peranti HTC One, dan dijangka akan hadir dalam masa terdekat ini.

Mungkinkah perkara ini akan memberikan tekanan kepada Dropbox? Apakah Google akan memperluaskan tawaran serupa dengan pelbagai pengeluar peranti Android yang lain?

Nota: