Pengguna HTC One Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 4.4.2 KitKat

KitKat HTC OneHari ini, pengguna HTC One di Malaysia dilihat telah mula menerima kemaskini Android 4.4.2 KitKat, sekaligus menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Mengikut senarai perkara baru yang diperlihatkan, HTC menyertakan bukan sahaja kemaskini Android 4.4.2, tetapi turut membawakan sokongan percetakan awan, penambah-baikkan pada sekuriti dan pengurusan memori, serta beberapa perkara yang lain.

Bagi pengguna HTC One di Malaysia, anda boleh memulakan proses kemaskini anda, dimana fail muat-turun dilihat bersaiz sekitar 323MB. Untuk memulakannya, pengguna hanya perlu ke halaman Settings > About >Software Updates.

Nota: