Pengguna Chrome Boleh Menjalanlan Aplikasi Android

Google membolehkan pengguna menjalankan Aplikasi Android pada hampir semua peranti apabila syarikat itu mendedahkan versi preview pembangun bagi projek App Runtime for Chrome (ARC).

aplikasi Android

Pengguna Chrome Boleh Menjalanlan Aplikasi Android

Google telah melancarkan versi preview pembangun App Runtime for Chrome (ARC) yang membolehkan aplikasi Android pada hampir mana-mana peranti. Fungsi-fungsi baru itu membolehkan ARC boleh dijalankan pada mana-mana peranti yang menjalankan pelayar web Chrome. Ini membuka kebolehan untuk menjalankan aplikasi  Android pada Windows, Linux, Mac OS X dan Chrome OS.

Versi terbaru projek ARC juga membolehkan pembangun menjalankan aplikasi Android mereka pada ARC melalui pakej aplikasi Chrome, tetapi satu-satunya platform yang tidak disertakan ialah iOS.

ARC boleh dijalankan pada Windows, Mac, Linux dan Chrome OS melalui Native Client (NaCL), yang merupakan sebuah teknologi “sandboxing” yang membolehkan aplikasi Chrome dijalankan hampir pada kelajuan natif dan memanafaatkan sepenuhnya CPU dan GPU peranti.

Akhirnya, matlamat Google adalah untuk membolehkan pembangun membangunkan lebih banyak aplikasi Android yang kemudiannya boleh dijalankan pada pelbagai platform. Ini tentunya sesuatu yang baik, bukan?

The post Pengguna Chrome Boleh Menjalanlan Aplikasi Android appeared first on TechKini.com.

Nota: