Pengguna Aktif Harian Di Facebook Mencapai Angka 728 Juta Orang

Seperti setiap suku tahun sebelum ini, hari ini Facebook telah mengumumkan statistik terkini angka penggunaan laman sosial terkemuka tersebut, dimana kini Facebook digunakan oleh lebih 1.19 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Daripadanya, ia dilihat yang mana secara purata 728 juta pengguna mengaksesnya setiap hari, perkhidmatan laman sosial tersebut dilihat mempunyai lebih daripada 874 juta pengguna aktif setiap bulan yang mengaksesnya melalui peranti mudah-alih.

Facebook boleh dikatakan telah menjadi salah satu medium komunikasi, bukan sahaja antara rakan-rakan, tetapi juga oleh syarikat kepada pengguna mereka dan sebagainya.

Peningkatan penggunaan Facebook ini boleh dikatakan sekata, dan kini dilihat lebih ramai mengaksesnya menggunakan peranti mudah-alih berbanding melalui desktop.

Secara puratanya, boleh dikatakan separuh daripada pendapatan Facebook dijana melalui penggunaan di peranti mudah-alih pada hari ini.

Nota: