Pengerusi Samsung Inginkan Syarikat Fokus Kepada Inovasi

Samsung sedia terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis peranti dan perkakasan elektrik untuk pengguna. Menariknya, kini pengerusi Samsung dilihat inginkan syarikat tersebut hadir dengan beberapa kaedah baru dan fokus terhadap inovasi.

Selain daripada inovasi, perubahan juga dilihat ingin dilakukan pada struktur perniagaan mereka supaya dapat terus menerajui industri yang diteroka mereka.

Samsung sedia menambah beberapa fungsi baru pada perisian telefon pintar mereka, terutamanya pada Galaxy S4 dan juga Galaxy Note 3. Ada diantaranya yang digunakan ramai, tetapi kebanyakkan yang ditambah boleh dikatakan kurang digunakan dan dikatakan ramai hanya sekadar gimik sahaja. Mungkin dengan fokus baru ini, ia akan membolehkan mereka lebih memfokuskan kepada fungsi-fungsi yang akan membantu pengguna dalam kehidupan harian mereka.

Samsung sedia mempunyai kelebihan dalam mengeluarkan peranti dengan cepat dan pantas, termasuk memasarkan ia ke seluruh negara pada suatu masa yang sama.

Pada hari ini, Samsung merupakan pengeluar terbesar dunia untuk telefon pintar, televisyen dan juga semikonduktor.

Nota: