AMPANG: Seorang pengawal keselamatan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cubaan merompak terhadap eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X yang maut dirempuh kereta selepas cuba diselamatkan seorang lelaki dalam kejadian itu, tahun lalu. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faiz Amirol Mohamad, 23, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu.
Nota: