Pengawal keselamatan diikat, lebih RM50,000 dilarikan

Mutakhir

 

 

am@hmetro.com.my

 

Bachok: Pengawal keselamatan diikat dengan tali pinggang dan mulutnya ditutup kain dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jelawat, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 57 tahun kemudiannya diheret ke surau di belakang premis itu dan dikurung, sebelum lima lelaki bersenjatakan pistol dan pisau memecah masuk pejabat.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mereka memecah dua pintu pejabat yang menempatkan peti besi selain bilik pengurus stesen.

“Kerugian dianggarkan lebih RM50,000 apabila satu peti besi dilarikan selain wang jualan. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti lain-lain barang yang hilang.

“Mangsa yang diikat kaki dan tangannya berjaya melepaskan diri selepas dua jam dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bachok pada jam 7.30 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.

Nik Aminuddin berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, mesin ATM yang turut terdapat dalam stesen minyak itu bagaimanapun dipercayai tidak diusik.

 

Image: 
Nor Amalina Alias

Bachok: Pengawal keselamatan diikat dengan tali pinggang dan mulutnya ditutup kain dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jelawat, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: