Pengasas Hari Ibu Tidak Suka Menyambut Hari Tersebut?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pengasas Hari Ibu Tidak Suka Menyambut Hari Tersebut? | Sambutan Hari Ibu di Malaysia tidaklah semeriah seperti di Barat, lebih kepada sekadar ucapan yang berderet-deret di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Tetapi dalam realitinya belum tentu lagi ada yang bagi ucapan seikhlasnya kepada ibu, heehee :p

Tapi tahukah anda? Pengasas Hari Ibu itu sendiri tidak suka anda membeli bunga untuk ibu. Atau kad. Atau coklat. Pendek kata, dia langsung tidak mahu anda menyambut hari tersebut langsung!

Fakta yang menyatakan bahawa kita bakal mengahabiskan $20 billion secara keseluruhannya untuk Hari Ibu tahun ini mungkin akan menyebabkan Anna Jarvis, pengasas Hari Ibu, membaling makanan tengaharinya ke lantai seperti yang dilaporkan berlaku pada awal 1900an, apabila dia mendapati sebuah kedai di Philadelphia mengadakan promosi Hari Ibu, menurut Mental Floss.

Jarvis yang merupakan seorang wanita Barat Virginia yang langsung tidak pernah memiliki anak, menurut History.com telah mendapat ilham untuk cuti pada Hari Ibu (sudah tentu bukan di Malaysia), lalu telah menganjurkan sambutan yang pertama di gereja Methodist pada tahun 1908. Sakit hati kerana kebanyakan cuti Amerika didedikasikan untuk menghormati pencapaian kaum lelaki, Jarvis telah memulakan kempen menulis surat bagi menjadikan Hari Ibu sebagai cuti umum, termasuk memakai bunga teluki (carnation) bewarna putih, melawat ibu dan mungkin pergi ke gereja.

o ARTICLE 570 364x1024 Pengasas Hari Ibu Tidak Suka Menyambut Hari Tersebut?

Kempen beliau telah berhasil, akan tetapi bukan seperti apa yang beliau harapkan: Beliau tidak pernah mengimpikan supaya Hari Ibu menjadi sebagai satu cuti komersial, di mana semua orang boros berbelanja untuk menghargai ibu. Tidak lama setelah Kongres menjadikan Hari Ibu sebagai cuti umum pada tahun 1914, Jarvis telah berkempen secara aktif bagi menghalangnya, dengan memberikan kritikan kasar kepada penjual bunga, pembuat coklat, syarikat kad ucapan dan sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada hari tersebut.

Sebuah artikel yang diterbitkan pada tahun 1924 di dalam akhbar Miami Daily News telah menerangkan bagaimana bencinya Jarvis terhadap apa yang telah terjadi kepada Hari Ibu. Sedikit sebanyak adalah seperti berikut:

Kepenggunaan yang teruk. 

“Pengkomersialan Hari Ibu bertambah setiap tahun,” katanya. “Sejak pergerakannya telah merebak ke serata dunia, banyak perkara telah mencuba untuk mengaitkan diri mereka pada hari tersebut berikutan kejayaannya.”

Penjual Bunga yang paling teruk. 

“Bunga teluki yang bewarna merah langsung tiada kaitan dengan Hari Ibu. Tetapi penjual bunga telah meluaskan idea bahawa ia patut diapakai oleh mereka yang telah kehilangan ibu. Ini telah meningkatkan penjualan bunga teluki merah.”

Pembuat coklat juga teruk. 

“Para penjual manisan meletakkan riben putih di atas sekotak coklat dan telah menaikkan harga hanya kerana ia adalah Hari Ibu,” kutuknya lagi. “Langsung tiada kaitan di antara manisan dan hari tersebut. Ia adalah pengkomersialan yang jelas ketara.”

Pengeluar kad ucapan adalah dasyat (juga anak-anak yang malas yang hanya memberi  kad yang telah siap ditulis) 

“Menghantar telegram saja tidak mencukupi. Tulis surat kepada ibu anda. Tiada seseorang pun yang sangat sibuk untuk melakukan ini. Setiap ibu lebih menginginkan tulisan tangan anak-anak walau seteruk manapun tulisan mereka daripada menerima kad-kad ucapan atau telegram yang beranika.”

Jadi, sedangakan pengasas Hari Ibu pun tak suka pembaziran pada hari tersebut, kenapa kita pulak nak berlebih-lebih? Tapi bagi Zyra lebih baik berhabis untuk ibu, daripada berhabis untuk kekasih di Hari Kekasih. Tak berfaedah langsung!

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Privacy Policy

Pengasas Hari Ibu Tidak Suka Menyambut Hari Tersebut?
zyra roxx

Nota: