Penerima Steam Machine Berkongsi Gambar Nyah-Kotak Konsol Berkenaan

Valve sedia mengumumkan yang mana mereka akan mula menghantar Steam Machine kepada mereka yang terpilih untuk ujian beta bermula hari Jumaat yang lepas. Kini, beberapa gambar telah pun mula hadir ke arena internet, hasil perkongsian para penerima awal konsol permainan tersebut.

Steam Machine

Steam Machine merupakan konsol permainan daripada Valve, yang mana turut hadir dengan Steam Controller. Ia dilengkapi sistem operasi SteamOS – yang mana ditawarkan untuk para pengguna Linux buat masa ini.

Daripada gambar yang dikongsikan, Steam Machine hadir dalam bentuk bungkusan yang agak menarik – berasaskan kayu. Namun, berkemungkinan besar versi akhirnya kelak mungkin jauh berbeza dan mungkin mengekalkan bentuk bungkusan seperti kebanyakkan konsol pada hari ini.

Untuk ujian beta ini, Valve menghantar kepada lebih kurang 300 penguji terpilih yang menetap di Amerika Syarikat.

Steam Machine bakal hadir daripada beberapa pengeluar dan dijangka akan ditawarkan kepada pengguna umum pada tahun hadapan.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan prototaip Steam Machine ini?

Nota: