Xinjiang ialah daerah yang mempunyai penduduk bermajoriti Islam. Penentangan terhadap kerajaan China meningkat sejak kebelakangan ini kerana kekangan yang dikenakan seperti pengharaman pemakaian niqab, membela janggut dan menggunakan nama berunsur Islam. Kehidupan penduduk Xinjiang kiji semakin tertekan dengan arahan pemasangan aplikasi spyware milik kerajaan pada kesemua peranti pintar.
Penduduk yang ditemui gagal memasang atau memadam aplikasi ini boleh dipenjarakan sehingga 10 hari. Mesej arahan memasang “aplikasi memantau” disebarkan pihak pemerintah menerusi aplikasi popular WeChat. Penduduk perlu mengimbas kod QR yang dilampirkan untuk memuat turun aplikasi ini.
Alasan yang diberikan pemerintah ialah bagi memantau kandungan yang didakwa menentang kerajaan dan pro pengganas. Dengan pemasangan aplikasi ini kesemua mesej dan penggunaan peranti boleh dipantau serta dipintas.