Pendedahan E-Mel Rakan Kapten Zaharie Mengenai Simulator

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pendedahan E-Mel Rakan Kapten Zaharie Mengenai Simulator | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Nampaknya harini masuk hari ke 14 pesawat MH370 hilang tanpa sebarang khabar.

Hari ini, rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di lamanblognya,Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas. – Awani

Untuk melihat e-mail tersebut boleh layari laman ini –> http://motionsim.blogspot.com/2014/03/sending-positive-energy-your-way-zaharie.html

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Privacy Policy

Pendedahan E-Mel Rakan Kapten Zaharie Mengenai Simulator
Dr Fuh

Nota: