Pencetus Ummah Peringkat Akhir

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Seperti yang diketahui ramai program Pencetus Ummah telah menarik minat ramai orang untuk menonton aksi aksi para pendakwah untuk memberikan dan mengutarakan hujah dalam program Pencetus Ummah. Malam ini ialah malam yang dinanti nantikan oleh semua, Pencetus Ummah Akhir, sila baca info :

Pencetus Ummah Peringkat Akhir | SETELAH enam minggu bersaing, kini, saat yang dinantikan sudah tiba buat empat peserta Mimbar Pencetus Ummah (PU), bersaing di peringkat akhir.

Pencetus Ummah Peringkat Akhir

aaa Pencetus Ummah Peringkat Akhir

Peserta Akhir Pencetus Ummah

Ternyata tuah menyebelahi PU Rahmat, PU Yeop, PU Shahul dan PU Hafiz apabila diumumkan sebagai peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir program realiti tersebut.

Ada beberapa peserta PU melakukan kejutan dan mendapat pujian yang baik daripada juri menerusi persembahan yang menarik serta bertenaga.

Apatah lagi mereka dilihat mempunyai kelebihan tersendiri dan memenuhi kriteria persembahan serta juri tetap turut berpendapat mereka sudah mencapai tahap yang diharapkan.

Mengakui kesemua PU merupakan pilihan tepat pengundi melalui persembahan dan perbahasan mereka, Datuk Fadzilah Kamsah berkata, ternyata keempat-empat mereka merupakan PU yang hebat dan dapat meneruskan persaingan ke peringkat akhir.

“InshaALLAH, saya yakin peserta PU yang terpilih dapat terus berjuang dalam program realiti Islamik ini.

“Kita lihat, peserta yang terpilih ini mampu memperkemaskan seni dan kualiti pengucapan awam seperti yang diterapkan oleh murabbi,” katanya.

Beliau yang yakin dengan kelainan persembahan dan penerapan ilmu dalam perbahasan setiap peserta akan berentap di pusingan akhir program itu.

Peserta yang diberi tugasan khas berdasarkan tema sirah nabawinya pada minggu ini, selain dikehendaki menyampaikan dakwah mereka dengan cara tersendiri tidak kira dengan menyanyi, bersyair atau berlawak juga dilihat menjawab soalan daripada penonton dengan tepat serta penuh wibawa.

Bagaimanapun daripada enam peserta yang berentap, hanya empat PU terpilih dalam senarai peringkat akhir selepas melakukan penyampaian yang lebih menyerlah.

Antara PU yang paling menyerlah pada minggu ini iaitu PU Hafiz, PU Yeop dan PU Rahmat yang memberikan persembahan yang meyakinkan dan pengisian yang menusuk kalbu.

Cara pembawaan mereka penuh dengan persembahan kreatif sehingga mendapat pujian juri tetap pada malam itu.

Persembahan pada minggu ini semakin memenuhi kriteria sebagai seorang pendakwah yang mampu menggalas tanggungjawab menyampaikan tazkirah dalam setiap persembahan.

Diikuti dengan gandingan antara PU secara berdua seperti PU Hafiz dengan PU Yoep, PU Rahmat dan Fakhrul, PU Shahul dan PU Salman turut mencuit perhatian moderator, juri dan penonton yang sangat teruja apabila mereka digandingkan.

Masing-masing nyata memberikan ilmu dan kefahaman berkaitan yang berkaitan pengucapan dakwah sekali gus mempraktikkan metodologi dakwah, walaupun tidak semua PU berjaya memainkan peranan dalam gandingan tersebut.

Fakhrul, Salman akur

Bagi PU Fakhrul, dia sudah bersedia untuk penyingkiran, namun tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dakwah.

“Saya bersyukur berdiri bersama sahabat saya yang semuanya hebat. Pertama sekali jutaan tahniah kepada yang keluarga saya dan yang paling saya hormati, kepada semua murabbi yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.

“Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, namun, perjuangan akan tetap diteruskan,” katanya yang mengakui persembahannya tidak begitu kemas kerana mendapat kritikan tidak membuat kesimpulan yang lebih dalam.

Bagi PU Salman pula, dia reda dengan apa saja ketentuan Tuhan. Bagaimanapun dia sangat berharap sekiranya dapat meneruskan lagi perjuangan bersama rakan-rakan lain.

“Terima kasih kepada Mimbar PU yang berikan saya kesempatan untuk berkongsi dan mempelajari ruang dalam meneruskan perjuangan dakwah.

“Walaupun tidak ke Final, saya akan terus berjuang dalam lapangan ini,” katanya.

Terima pujian

Secara keseluruhannya, juri tetapnya Ustaz Kazim Elias, Abby Fana dan Ustaz Haslin Baharim masih mahu peserta melakukan yang terbaik untuk peringkat akhir.

Dilihat, walaupun tidak keseluruhan untuk menggerakkan Tazkir (memberi peringatan), Ta’lif (proses menyatukan hati), Ta’dhid (memperkukuh dan memperkasa) ,Tahrik (proses memobilisasi), Tatwir (mengembang), Takhtit (merancang), Taqwim (menilai), Tausil (proses penyampaian), Tadwin (dokumentasi) namun, setiap dari mereka sudah nampak

kematangan dari minggu sebelumnya.

Namun, apa yang ditekankan juri adalah supaya peserta dapat memperhalusi dan mentaranumkan bacaan ayat al-Quran yang dipetik dalam perbahasan mereka.

Momentum pada minggu separuh akhir ini nampaknya meningkat selain kemahiran dan pelbagai pedagogi yang disampaikan pada tazkirah dalam setiap persembahan rata-ratanya berjaya disampaikan dengan baik serta menerima pujian dari ketiga juri tetap.

Kebanyakan PU berjaya melontarkan dakwah mereka demi mengubah minda, sikap dan kemampuan dalam persembahan mereka.

Empat peserta yang akan meneruskan perjuangan ini masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan mereka tersendiri. Nantikan pentas akhir Mimbar PU, Khamis ini.

Sumber

Siapa pun yang menang malam ini semua itu telah ditulis olehNya. Moga selepas ini Astro akan memperbanyakkan lagi program program yang ala ala islamik. Lagipun sudah ramai artis artis yang telah berhijrah kepada kebenaran.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: 5 Alasan Untuk Kita Berhenti Kerja

Pencetus Ummah Peringkat Akhir
Beki Mustaffa

Nota: