Pembeli Galaxy Note 7 Tempatan Boleh Pilih Untuk Wang Kembali Atau Tukar Kepada Galaxy S7 Edge

Walaupun Samsung tidak melancarkan Galaxy Note 7 untuk pasaran tempatan, namun mereka telah mengadakan promosi pra-tempahan khusus bagi membolehkan pengguna mendapatkannya lebih awal daripada biasa. Terkini, lanjutan daripada pihak Samsung yang menamatkan pengeluaran dan penjualan Galaxy Note 7, pihak Samsung Malaysia turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menurut Samsung Malaysia, bagi para pembeli Galaxy Note 7 di Malaysia, anda boleh memilih untuk mendapatkan wang kembali, ataupun memilih untuk menukar ganti Galaxy Note 7 kepada Galaxy S7 Edge.

Pihak Samsung sendiri akan mula menghubungi pembeli Galaxy Note 7 bermula daripada 13 Oktober 2016 ini.

Samsung Malaysia turut menekankan yang mana pengguna Galaxy Note 7 diminta mematikan peranti mereka serta-merta. Sekiranya anda pemilik Note 7, anda boleh menghubungi Samsung Malaysia di talian 1-800-88-7799.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: