Pembangun Permainan “Apo Bondo Eh Ni” Hadir Dengan Permainan Baru – Teka Dialog

Salah satu permainan popular daripada pembangun tempatan pada tahun ini adalah “Apo Bondo Eh Ni” yang mana menawarkan bentuk permainan seumpama “Guess The Emoji” tetapi dalam bahasa Malaysia. Terkini, pembangunnya turut hadir dengan sebuah permainan baru.

Teka Dialog

Permainan baru ini dinamakan sebagai Teka Dialog, dimana seperti pada namanya, pengguna dikehendaki meneka dialog perbualan popular dalam bahasa Malaysia. Menurut pembangunnya, sebanyak lebih 125 dialog orang Malaysia disediakan padanya dan sedia diteka semua. Pemain disediakan dengan sebuah frasa ringkas, dan mereka perlu meneka dialog berdasarkan kepadanya.

Memainkannya, kami mendapati ia agak sukar untuk dimainkan, atau mungkin kami sendiri tidak begitu ketahui akan dialog-dialog popular yang digunakan pada permainan ini.

Seperti permainan asal mereka, permainan ini ditawarkan secara percuma, dan turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk platform Android sahaja.

Nota: