Pemasangan CyanogenMod Pada Peranti Android Melangkaui Angka 10 Juta

Bagi kebanyakkan pengguna Android, mungkin sedia mengenali akan salah satu custom ROM untuknya, iaitu CyanogenMod. Mengikut statistik terkini yang dikongsikan, CyanogenMod dilihat dipasang pada lebih 10,000,000 peranti seluruh dunia.

Menariknya mengenai statistik ini adalah dimana ia merupakan berdasarkan kepada peranti yang disemak pada 90 hari yang lepas, dan hanya mendaftarkan peranti mengikut kebenaran pengguna. Sekiranya seseorang pengguna tidak memberikan kebenaran, maka ia tidak didaftarkan pada halaman statistik CyanogenMod.

Daripada apa yang dikongsikan, peranti yang mempunyai penggunaan yang tertinggi adalah Samsung Galaxy S – yang mempunyai lebih setengah juta pengguna. Ia turut diikuti dengan Galaxy S2 dan juga Galaxy S3 dengan jarak yang tidak jauh dibelakang.

CyanogenMod sendiri sebelum ini telah memperkenalkan sokongan pemasangan ROM mereka pada peranti lain dengan lebih mudah, tanpa perlu melalui pemasangan yang sukar seperti sebelum ini.

Tahun 2014 juga akan menjadi antara tahun yang menarik untuk CyanogenMod, dimana kini mereka beroperasi sebagai sebuah syarikat, dan turut bekerjasama dengan pengeluar untuk memperkenalkan peranti yang menggunakan CyanogenMod.

Nota: