Bagi pengguna desktop, mungkin anda sedia mengenali akan beberapa pemain media, dan salah satu yang popular adalah KMPlayer. Ia hadir dengan sokongan pelbagai codec terbina, memudahkan pengguna memainkan sebarang format video dengan mudah.
Menariknya, kini KMPlayer turut hadir untuk para pengguna peranti Android dan iOS, dan ia telah sedia diterbitkan secara percuma di iTunes AppStore dan juga Google Play Store.
Sebaik sahaja memasangnya pada peranti anda, aplikasi KMPlayer akan memperlihatkan senarai fail berbentuk video yang ditemui pada peranti anda, dan membolehkan anda memainkannya terus menggunakan ia. Pengguna turut boleh melihat saiz dan masa untuk sesuatu video berkenaan.
Pemain video KMPLayer juga membawakan antaramuka yang ringkas, membolehkan pengguna mengawal kelajuan memainkan video, disamping membolehkan pengguna “mengunci” pemain video supaya tidak tertutup akibat tersentuh skrin dan sebagainya.
Satu lagi fungsi menarik yang kami sukai pada pemain media ini adalah sokongan fail sarikata, membolehkan anda menonton video-video seperti anime dan sebagainya dengan penyertaan sarikata tanpa sebarang masalah.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemain media KMPlayer ini secara percuma ke peranti Android dan iOS anda hari ini.