Pelajar tingkatan tiga dibawa lari

Utama

KUALA LUMPUR: Pelajar tingkatan tiga dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, menunggu van untuk ke sekolah.

Menurut laporan BH, bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin berkata, Nur Darleen sepatutnya menaiki van ke sekolah tetapi ditarik dua lelaki bermotosikal dan dilihat dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

Katanya, kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakan Nur Darleen di dalam van itu tetapi mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

“Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian,” kataya.

Sementara itu, menurut laporan NST online, Jalaluddin berkata, polis sedang mengambil kenyataan daripada keluarga, rakan-rakan dan saksi kejadian terbabit.

Image: 
NSTP

KUALA LUMPUR: Pelajar tingkatan tiga dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: