Pelajar Perempuan Bergaduh Kerana Berebut Lelaki – Video

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pelajar Perempuan Bergaduh Kerana Berebut Lelaki – Video | Memalukan!! Mereka yang melakukan perkara terkutuk ni seolah-olak dah tiada pegangan agama, tiada sivik, tiada sifat berperikemanusiaan.

Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Video Pelajar Perempuan Bergaduh Kerana Berebut Lelaki

 

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Xpe..

nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot…so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui. – Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Product

Pelajar Perempuan Bergaduh Kerana Berebut Lelaki – Video
Dr Fuh

Nota: