Pebble Steel Diperkenalkan Dengan Rekabentuk Klasik Dan Lebih Elegan

Bercakap mengenai jam tangan pintar, nama Pebble sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Dimulakan sebagai projek Kickstarter, hari ini pembangunnya telah pun memperkenalkan Pebble generasi kedua, dinamakan sebagai Pebble Steel.

Seperti namanya, Pebble Steel menggunakan binaan berasaskan stainless steel, sekaligus membawakan rekaan yang lebih elegan berbanding jam tangan pintar lain.

Pebble Steel

Pebble Steel masih mengekalkan pelbagai fungsi seperti versi asas, dimana ia menggunakan paparan e-paper, rekaan kalis air, antaramuka yang sama, dan juga masa bertahan bateri lebih kurang sama. Namun, beberapa perubahan yang hadir adalah termasuk lampu notifikasi LED dan juga sokongan Gorilla Glass padanya.

Dari segi perisian pula, Pebble Steel hadir dengan Pebble OS 2.0 dimana salah satu sokongan baru adalah App Store, membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai jenis aplikasi termasuk FourSquare, ESPN dan beberapa yang lain.

Pebble Steel akan dijual bermula 28 Januari ini pada harga $249 (~RM818).

Nota: