PayPal Dilihat Membantu Penjual Tempatan Mendapatkan Pelanggan Luar Negara

PayPal merupakan salah satu platform pembayaran yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Hari ini, pihak PayPal Malaysia mengambil masa untuk berkongsi beberapa data menarik berkenaan penjualan yang dilakukan oleh para penjual di Malaysia menggunakan platform pembayaran mereka.

PayPal Malaysia April 2014

PayPal Malaysia April 2014

PayPal Malaysia April 2014

PayPal Malaysia April 2014

PayPal Malaysia April 2014

PayPal Malaysia April 2014

Majoriti daripada pembelian pengguna tempatan menggunakan PayPal melibatkan transaksi luar negara.Daripada data yang dikongsikan oleh pihak PayPal, penggunaan PayPal dalam eksport atas-talian ini memperlihatkan peningkatan sehingga 29% dalam tempoh setahun yang lepas (YoY).

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak PayPal Malaysia, antara negara yang memperlihatkan peningkatan drastik sepanjang tempoh 2012 hingga 2013 yang lepas adalah Brunei Darussalam, India, China, Indonesia dan juga Hong Kong.

Secara keseluruhan, pihak PayPal Malaysia mengatakan antara produk popular yang dijual oleh penjual di Malaysia adalah berkaitan dengan percutian (85%), fesyen (80%), percetakkan (40%), perisian (14%) dan juga berkaitan kesihatan (28%). Jikalau dilihat dari segi peningkatan penjualan yang mendadak sepanjang tempoh yang sama, penjualan telefon dilihat meningkat 120%, dan turut memperlihatkan perkhidmatan konsultan yang meningkat 77%.

PayPal Malaysia April 2014

PayPal Malaysia April 2014

Data ini dikongsikan oleh PayPal berdasarkan daripada bancian dan data yang dikumpulkan oleh PayPal untuk tempoh tersebut.

Secara keseluruhan, PayPal kini mempunyai lebih daripada 10 juta akaun aktif di Asia Pasifik, dan di Asia Tenggara sahaja terdapat lebih 1.5 juta akaun aktif.

Nota: