Path Hadir Dengan Aplikasi Permesejan – Talk

Path TalkAplikasi permesejan telah menjadi salah satu trend akhir-akhir ini, dimana pelbagai syarikat menawarkannya, disamping syarikat gergasi mengambil-alih dan melabur dalam syarikat permesejan sedia ada.

Terkini, Path yang mana merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang memfokuskan kepada mereka-mereka yang terdekat telah melancarkan sebuah aplikasi permesejan mereka tersendiri, dinamakan Path Talk.

Path Talk membawakan sedikit perbezaan berbanding beberapa perkhidmatan sedia ada, dimana setiap mesej yang dihantar akan dipadam dalam tempoh 24 jam, disamping Path Talk yang akan menghantar mesej kepada rakan-rakan secara automatik sekiranya mereka berhampiran. Seperti kebanyakkan perkhidmatan lain, Path Talk turut menawarkan sokogan menghantar fail multimedia, disamping menawarkan sticker melalui aplikasi berkenaan.

Apa pun, semestinya salah satu perkara yang akan menjadi cabaran adalah meminta rakan-rakan anda menggunakan aplikasi permesejan baru ini untuk berhubung dengan mereka.

Bagi anda yang berminat, dan aktif menggunakan Path, mungkin boleh memuat-turun Path Talk untuk Android dan iOS hari ini.

Nota: