Paparan Skrin iOS 8 Tertiris Memperlihatkan Beberapa Ikon Aplikasi Baru

Beberapa hari yang lepas, kita sedia dengan yang mana Apple bakal menambah-baik sokongan pemetaan pada iOS 8 kelak. Kini, ia dilihat yang mana pihak Apple turut akan menyertakan beberapa aplikasi baru, termasuk aplikasi Healthbook yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Skrin iOS8

Selain ikon aplikasi Healthbook, paparan skrin yang tertiris ini turut memperlihatkan dua lagi ikon baru, iaitu Apple TextEdit dan juga Preview. Healthbook sedia dikatakan sebelum ini, dimana ia dijangka akan menyertakan sokongan memfokuskan kepada pengurusan data-data berkenaan kesihatan dan kecergasan seseorang pengguna itu. Aplikasi Preview dan TextEdit pula dilihat akan membolehkan pengguna untuk mengakses dokumen teks, PDF, gambar dan sebagainya daripada iCloud dengan mudah pada iPad, iPhone atau iPod Touch mereka.

Pihak 9To5Mac mengatakan mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan dengan aplikasi Healthbook ini dalam beberapa minggu akan datang. Apa pun, memfokuskan kembali berkenaan paparan skrin yang tertiris ini, ia boleh dikatakan berkemungkinan adalah versi pembangunan awal iOS 8, dan mungkin ikon akhir kelak berbeza dengan apa yang diperlihatkan ini.

Nota: