Papan Kekunci Gboard Bakal Menyokong Penggunaan Bitmoji

Papan kekunci kegemaran kami ialah Gboard. Ini adalah kerana ia mudah digunakan dan memberikan pelbagai fungsi tambahan. Bagi mereka yang menggemari aplikasi Bitmoji, ia bakal disokong pada kemaskini Gboard dalam masa terdekat.

Sokongan Bitmoji ditemui pada Gboard 6.5 Beta. Pengguna boleh mengimport Bitmoji yang mereka hasilkan sendiri atau memuat turun pek  Bitmoji yang tersedia. Selain sokongan Bitmoji, Gboard 6.5 turut akan memberikan kemaskini rekaan pada papan kekunci serta tema. Bagi yang mengambil bahagian dalam ujian Beta, fungsi Bitmoji ini boleh dicuba sekarang.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: