Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan siri tablet terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Galaxy Tab S. Siri tablet baru ini dilihat memfokuskan kepada paparan skrin, selain mana turut menekankan kepada tablet yang paling ringan dan nipis pernah hadir daripada pihak Samsung.

Galaxy Tab S

Samsung Galaxy Tab S
PemprosesExynos 5 Octa (WiFi)
Snapdragon 800 2.3Ghz (LTE)
Skrin8.4-inci dan 10.5-inci
Resolusi2560×1600 pixel
RAM2 GB
Muatan Dalaman16 GB (kad-SD sehingga 128GB)
Kamera8-megapixel
Bateri4900mAh (8.4)
7900mAh (10.5)

Daripada percubaan kami sendiri, tablet ini amat ringan di tangan, selain mana versi 8.4-inci amat selesa untuk digunakan dan dikendalikan menggunakan sebelah tangan. Galaxy Tab S hadir dalam dua variasi saiz, iaitu pada saiz 8.4-inci dan juga 10.5-inci.

Bagi kami, versi 8.4-inci dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna perseorangan, sementara versi 10.5-inci memfokuskan kepada keluarga. Pihak Samsung turut melengkapkan tablet ini dengan sokongan pengimbas cap jari, yang mana boleh digunakan pada PayPal (dibeberapa buah negara) dan juga pada Samsung Apps.

Pengimbas cap jari juga turut boleh digunakan untuk log masuk ke peranti, dan memandangkan ianya tablet, pihak Samsung menambah kebolehan Multi-User sehingga 8 orang untuk tablet ini. Maka, anda boleh hanya swipe jari anda pada butang Home, dan ia akan membawa ke akaun pengguna anda di tablet ini dengan pantas.

Menjadi fokus utama pada tablet ini adalah skrin paparan. Pihak Samsung menyertakan skrin paparan 2K dengan Super AMOLED pada tablet ini. Dengan paparan 2K, gambar yang diperlihatkan amat terang dan jelas jikalau dibandingkan dengan beberapa tablet yang lain. Teks yang dipaparkan juga tampak lebih tajam. Pihak Samsung turut mengatakan memandangkan ia menggunakan skrin Super AMOLED, maka masa bertahan baterinya adalah lebih baik dan lama jikalau dibandingkan dengan tablet yang menggunakan skrin LED.

Galaxy Tab S

Apa pun, dari segi nisbah skrin, ia menggunakan nisbah 16:10, yang mana beberapa kandungan tidak begitu dioptimasikan untuknya. Untuk mengatasinya pihak Samsung menyertakan kandungan mereka tersendiri, disamping mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak lain.

Salah satu perkara yang dibawakan oleh pihak Samsung melalui Galaxy Tab S adalah Papergarden yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai majalah digital melaluinya. Di Amerika Syarikat pihak Samsung mengumumkan kerjasama dengan pihak Conde Naste, Netflix, dan juga National Geographic untuknya. Bagi kami, berkemungkinan besar kebanyakkan kandungan yang diumumkan di Amerika Syarikat ini mungkin tidak ditawarkan di Malaysia. Mungkin pihak Samsung turut perlu menambah beberapa kandungan tempatan seperti daripada Karangkraf, PTS dan sebagainya untuk Papergarden ini.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Satu lagi pembaharuan yang dibawakan oleh Samsung pada tablet ini adalah Content Home. Content Home merupakan sebuah halaman hadapan khusus yang disediakan Samsung dalam usaha memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa daripada beberapa aplikasi, termasuk emel, kalendar, Flipboard dan sebagainya.

Perkara yang lebih kurang sama pernah dibawa melalui MagazineUX sebelum ini pada NotePRO, namun versi Malaysia tidak menyertakan sokongan tersebut. Ia tidak diketahui bagaimana pula dengan versi tablet ini di Malaysia, sama ada akan menyertakan Content Home ataupun sebaliknya.

Di Content Home juga, pihak Samsung menyertakan akses pantas untuk tetapan, dimana pengguna boleh mengawal beberapa perkara melaluinya tanpa perlu melalui halaman tetapan utama.

Galaxy Tab S

Pada skrin utama juga pihak Samsung menambah sebuah ikon khas untuk My Files, memudahkan pengguna mengakses semua gambar, video, dokumen dan sebagainya dengan pantas, sekaligus menjadikan tablet ini amat selari untuk digunakan untuk tujuan kerja.

Galaxy Tab S

Kembali kepada rekaan tablet, semua butang diletakkan pada bahagian kanan tablet – iaitu butang kuasa dan juga butang mengawal suara, disamping slot kad-SIM dan juga mikro-SD turut diletakkan pada bahagian sama. Sokongan mikro-SD di tablet ini dikatakan boleh menyokong sehingga 128GB. Bahagian tepi kiri tablet ini tidak menyertakan sebarang perkara. Untuk tujuan rakaman gambar menggunakan tablet ini, pihak Samsung menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan Flash.

Samsung Galaxy Tab S turut menyertakan fungsi popular SideSync daripada Samsung. Sebelum ini, pihak Samsung hanya menawarkan ia untuk menghubungkan peranti mereka ke telefon pintar, dan kini melalui Galaxy Tab S, pihak Samsung membolehkan pengguna telefon Samsung menghubungkan ia kepada tablet ini.

Menggunakannya, pelbagai perkara boleh dilakukan, daripada mengawal dan menggunakan telefon pintar anda seperti biasa melalui tablet ini, sehinggalah memindahkan fail dari tablet ke telefon pintar dengan hanya drag-dan-drop.

Galaxy Tab S

Selain daripada itu, beberapa fungsi popular daripada Galaxy S5 turut hadir pada tablet ini, termasuk seperti Kids Mode, sokongan Gear 2 dan Gear Fit, dan pelbagai perkara yang lain.

Buat masa ini, harga jualan tablet ini untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi. Namun, daripada harga yang diumumkan di Amerika Syarikat, kita mungkin akan dapat melihat tablet ini ditawarkan pada harga yang agak baik, sekaligus membolehkannya bersaing dengan tablet lain, terutamanya iPad. Disamping itu, tawaran kandungan untuk pengguna tempatan juga bakal menjadi salah satu faktor utama untuk pengguna mendapatkannya.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan tablet ini?

Nota: