Pandang Pertama : DualShock 4 (PS4)

Bersama-sama konsol PlayStation 4, hadirnya alat kawalan permainan mereka yang terbaru, dinamakan sebagai DUALSHOCK 4. Alat kawalan tanpa wayar ini hadir dalam tiga warna, iaitu hitam, biru dan juga merah.

Didatangkan terbina pada alat kawalan permainan ini adalah sensor gerakan, yang mana sesuai untuk digunakan pada beberapa permainan bersama-sama dengan PlayStation Camera.

DUALSHOCK 4 ini akan dijual bermula 20 Disember 2013 di Malaysia, pada harga RM249. Ia juga akan didatangkan bersama-sama konsol PS4 pada harga bermula RM1799.

Nota: