Pandang Pertama Dell Inspiron 14 dan Inspiron 15 Series 3000

Dell Inspiron 14 dan Inspiron 15 Series 3000 ialah komputer riba untuk golongan pekerja yang baru dilancarkan Dell pagi tadi. Kedua-dua laptop ini mempunyai pilihan pemproses Intel Celeron, I3 dan i5 dengan RAM sehingga 8 Gigabyte mengikut kehendak pembeli. Skrin LED sebesar 14 dan 15 dengan resolusi 1366 x 768 pixel digunakan. Terdapat pilihan skrin LED biasa ataupun skrin sesentuh dengan sokongan sentuhan sehingga 10 jari. Dari segi muatan dalaman pula anda boleh memilih cakera keras hibrid sebesar 500 Gigabyte ataupun 1 Terabyte. Komputer riba siri 3000 turut dilengkapi pemacu optik DVDRW, 1 USB 3.0. 2 USB 2.0 dan pembaca kad universal. Turut disertakan ialah sebuah port untuk LAN pada bahagian kiri komputer riba dan output HDMI bersaiz penuh.

Dari segi binaan keseluruhan komputer riba kelas permulaan ini diperbuat daripada plastik. Papan kekuncinya dari keluarga chicklet dengan ruang di antara kekunci bagi memudahkan anda menaip. Papan kekunci sebegini semakin popular sejak kebelakangan ini selepas digunakan pada keluarga Apple MacBook. Papan kekunci ini juga kalis air jadi anda tidak perlu risau komponen dalaman Inspiron Series 3000 akan rosak sekiranya air tertumpah. Touchpad diletakkan pada posisi sedikit ke kiri pada kedua-dua model Series 3000.

Dell Inspiron 3000IMG_6178

Penutup Inspiron Series 3000 diperbuat daripada plastik dengan tekstur bercorak kasar. Logo Dell terukir secara terus pada panel penutup ini dan bukannya logo plastik berwarna kelabu yang biasa dilihat pada produk Dell.  Akhir sekali panel bawah mempunyai panel yang memudahkan anda menanggalkan bateri

Harga jualan Dell Inspiron 14 Series 3000 bermula dari RM 1299 manakala Dell Inspiron 15 Series 3000 pula ialah RM 1499.

Pro dan Kelebihan

  • Harga mampu milik
  • Papan kekunci kalis air. Tidak perlu risau tumpahan merosakkan komponen dalaman.
  • Pemacu optik yang kini semakin pupus terutamanya pada komputer riba kelas tinggi
  • Port LAN bersaiz penuh

Kontra dan Kekurangan

  • Binaan plastik yang tidak premium
  • Bateri hanya sebesar 4 sel.
  • Skrin tidak bersolusi HD penuh.

Nota: