Pandang Pertama: Asus Padfone Mini

Satu lagi peranti yang turut hadir semasa pelancaran Asus Zenfone semalam untuk rantau pasaran Asia Tenggara ialah Asus Padfone Mini. Peranti hibrid yang mengabungkan telefon pintar dan tablet ini bakal ditawarkan di pasaran tempatan sekitar bulan Mei ini, dan dijangka dijual pada harga RM999.

Asus Padfone Mini
PemprosesIntel Atom Z2560
RAM1GB
Muatan Dalaman16GB
Kamera Belakang8-megapixel PixelMaster
Skrin4.3-inci 540×960 pixel
Padfone Station7-inci 800×1280 pixel, 2200mAh
Bateri1200 mAh

Asus Padfone Mini adalah peranti hibrid yang menggabungkan telefon pintar dan juga tablet. Bahagian telefon pintar menyertakan pelbagai komponen utama, dan menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci. Bagi sesetengah pengguna, mungkin saiz skrin 4.3-inci sesuai untuk digunakan sebagai telefon pintar ketika diluar, tetapi inginkan sesuatu yang besar untuk menikmati multimedia dan bahan bacaan. Untuknya, pihak Asus menyediakan sebuah dock yang turut dikenali dengan nama Padfone Station bersaiz 7-inci.

Dock ini selain menawarkan paparan bersaiz besar, ia turut dilengkapi dengan sokongan bateri tambahan, sesuai untuk digunakan untuk mengecas telefon Padfone ketika di satukan.

asusfp-1 asusfp-2

Dari apa yang telah kami uji, paparan ZenUI pada Padfone Mini tidak jauh berbeza malahan boleh dikatakan dioptimasikan untuk paparan skrin yang besar. Sokongan bahasa Malaysia dalam ZenUI juga turut disertakan, bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna tempatan – walaupun terdapat beberapa perkataan yang agak janggal ketika pertama kali digunakan.

Ketika pengujian kami di acara pelancaran ini, kami tidak mampu menanggalkan komponen telefon Padfone Mini untuk membuat ujian penetapan apabila dockingdan untuk menguji ZenUI kerana ia telah terpasang dengan penggera untuk tujuan sekuriti. Berikut adalah gambar peranti tersebut apabila diasingkan – seperti mana telah dirakamkan ketika acara MWC lepas.

Asus Padfone Mini

Oleh kerana komponen telefon pintar Padfone Mini bersaiz 4.3-inci, ia sedikit besar dari Zenfone 4 namun membawakan kelajuan serta kuasa pemprosesan setanding Zenfone 5. Padfone Mini turut membawakan kamera PixelMaster 8-megapixel yang menyertakan kesemua fungsi menarik seperti rakaman pada keadaan gelap dan lain-lain. Sekiranya anda suka dengan saiz Zenfone 4, tetapi memerlukan spesifikasi lebih tinggi, maka Padfone Mini mungkin memenuhi citarasa anda.

Baca lanjut: PixelMaster dan ZenUI

Asus Padfone Mini ini bakal dijual pada harga RM999, dan dijangka akan ditawarkan sekitar bulan Mei ini.

Nota: