Pakej PS4 Call of Duty : Infinite Warfare Akan Ditawarkan Pada 4 November – RM1649

Call of Duty : Infinite Warfare merupakan permainan tembak-menembak pandang pertama yang akan dilancarkan tidak lama lagi untuk konsol dan juga PC. Ia dijadualkan untuk pengenalan pada 4 November 2016 kelak, dan seperti beberapa permainan terpilih, Sony akan turut menawarkan konsol edisi khas bersama-sama permainan ini.

Permainan Call of Duty Infinite Warfare ini turut membawakan latar tempat baru – iaitu di angkasa, selain turut menawarkan beberapa kaedah permainan baru, termasuk ketika di persekitaran tanpa graviti.

Melalui penawaran edisi khas ini, pemain juga turut akan menerima permainan Call of Duty Modern Warfare Remastered. Di Malaysia, pakej edisi khas ini akan dijual pada harga RM1649 dan ditawarkan bermula 4 November kelak.

| Artikel penuh | Tech lain

Widget not in any sidebars

Nota: