Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca tegar blog Fuh.my. Pada 10 Januari 2014 yang lalu, admin bersama dengan beberapa orang blogger dan pihak media telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki ETS. Nak tahu apa itu ETS? ETS ialah singkatan bagi Electric Train Service. Jemputan ini adalah sempena Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

1024px ETS at Ipoh Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Majlis Perasmian yang diadakan di KL Sentral sangat meriah dengan persembahan dari penari yang dijemput khas bagi majlis pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan kerjasama dari Railway Tourism Association Malaysia (RTAM). Majlis perasmian Pakej Pelancongan Keretapi telah dihadiri lebih dari 300 orang termasuk media, bloggers dan yang paling utama, majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri untuk merasmikan majlis ini.

RCP 0303 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 RCP 0307 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

RCP 0425 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Penari-Penari Dibawa khas Dari Istana Budaya

Untuk Pengetahuan semua ETS (Electric Train Service) ini kelajuannya mencecah sehingga 144 KM/J dan kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 150 KM/J. Dari KL ke Ipoh hanya mengambil masa hanya 2 Jam tanpa berhenti, perjalanan sangat selesa dan lancar. Kafeteria juga turut di sediakan di coach Cbagi mengisi perut yang lapar semasa perjalanan. Tidak lupa juga kepada yang selalu sangat pergi ke tandas, di dalam ETS (Electric Train Service) ini mempunyai dua jenis tandas, tandas yang pertama untuk orang yang kurang upaya, dan satu lagi tandas awam, tandas yang sangat selesa.

Setibanya kami di KTM ipoh, kami disajikan dengan pelbagai jenis lauk untuk makan malam. Selepas habis makan malam kami terus menuju ke Konsert Perasmian Pakej Pelancongan Keretapi. Di situ, sekali lagi Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri merasmikan konsert Railway Tour di KTM IPOH, Perak. Beberapa artis yang ternama telah dijemput untuk membuat persembahan nyayian bagi memeriahkan lagi majlis, antaranya ialah Ronnie daripada Kumpulan Hyper Act, Najwa Latiff, Sheeda Dangdut, Mus Kumpulan May dan ramai lagi.

RCP 0956 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

RCP 1167 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Najwa Latiff Sedang Menyanyikan Lagu Adamu

RCP 1025 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Ronnie Dari Hyper Act Sedang Menyanyikan Lagu Harapan

RCP 1162 Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Setelah selesai konsert di KTM ipoh, kami dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk merasai pengalaman yang berbeza di tiga homestay yang berbeza. Antara homestay yang disediakan adalah di Homestay Gopeng, Homestay Bukit Gantang dan juga Homestay Kampung Beng. Admin diberi peluang merasai pengalaman di Homestay Kampung Beng.

Satu pengalaman yang admin tidak dapat lupakan adalah kami terpaksa menaiki bot seawal jam 2 pagi untuk menyeberangi tasik menuju ke Kampung Beng. Memang pengalaman yang sangat indah buat admin walaupun ianya agak menakutkan. Kami ditempatkan di sana bersama keluarga angkat.

Nantikan entri berikutnya untuk mengetahui perjalanan kami sepanjang program Railway Tour di Homestay Kampung Beng.

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Pakej Pelancongan Keretapi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014
Beki Mustaffa

Nota: