Pak Nil Sekali Lagi Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pak Nil Sekali Lagi Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise  | Seperti mana yang kita tahu, pada tahun lepas Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah mengadakan Pakej Percutian Muslim menaiki Start Cruise bersama para peminatnya.

Pak Nil Sekali Lagi Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise

NIL 7046 e1392918270370 Pak Nil Sekali Lagi Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise

Selepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruise bersama peminat pada tahun lepas,Datuk Aznil hj Nawawi atau dikenali dengan Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayaran bersama peminat. Kali ini Star Cruise akan berlepas daripada Penang – Langkawi – Phuket – Penang. Maknanya kita sendiri dapat rasa pengalaman yang tidak pernah kita alami sebelum ini.

Sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutian bersama Pak Nil pada 2013 memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6April – 9April 2014 ini. Tempat duduk adalah terhad, ini kerana Pak Nil ingin meluangkan masa yang berharga bersama peminat peminatnya.

Pelayaran anjuran Star Cruise, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosikan pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih dari 24 tahun dalam penglibatan beliau sebagai pengiat seni.

NIL 7105 e1392918304697 Pak Nil Sekali Lagi Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise

Kredit Gambar : Todak Merah

Jika ingin menyertai pelayaran bersama Pak Nil untuk kali ini dan juga untuk maklumat lanjut berkenaan pelayaran ini boleh hubungi :

Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd
www.malaysianharmony.com.my
Tel:- 03-21429266
Fax:-03-21489767

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Pak Nil Sekali Lagi Lancar Pakej Pelayaran Star Cruise
Beki Mustaffa

Nota: