Pak Cik Jamal Mini Parlimen 1983-1992 Meninggal Dunia

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pak Cik Jamal Mini Parlimen 1983-1992 Meninggal Dunia | PENGIKUT setia program ‘Mini Parlimen’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada era 80-an, pasti mengingati watak ‘speaker’ dalam mengendalikan ‘ahli Parlimen’ yang petah berhujah.

Populariti watak itu menjadikan Abdul Jamal Mohamed atau lebih mesra Pak cik Jamal ikon kanak-kanak ketika era berkenaan.

Abdul Jamal, 75, meninggal dunia hari ini, sehari selepas dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah mengadu sesak nafas.

Dilahirkan pada 15 Oktober 1939 di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, personaliti televisyen itu meninggalkan balu Zainab Serat, 67; dan tiga anak iaitu Shahila, 47; Mohd Shahan, 45; dan Muhamad Eskandar, 30.

Video Yang Dimuat Naik Oleh Anaknya Beberapa Bulan Sebelum Pemergian Pak Cik Jamal

Rancangan Mini Parlimen yang mula disiarkan pada 1983 menjadi tumpuan kerana kepetahan kanak-kanak yang memainkan peranan ahli Parlimen, membahaskan isu semasa di samping membuat keputusan dan meluluskan pelbagai dasar.

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Jamal Kerdil kerana bentuk badannya yang kerdil, mula bertugas di RTM pada 1960 dan bersara pada 1995.

Beliau turut popular melalui rancangan ‘Taman Kanak-kanak’ yang mula bersiaran pada 1961, selain menerbitkan rancangan ‘Pesta Pop’ dan ‘Pentas
Aneka’.

Selain bertugas di RTM, Jamal juga pernah berlakon dalam filem ‘Sabaruddin Tukang Kasut’ arahan Tan Sri P. Ramlee dan ‘Jambatan Maut’ arahan M. Yatim.

pak cik jamal meninggal dunia Pak Cik Jamal Mini Parlimen 1983 1992 Meninggal Dunia

Ahli keluarga Pak Cik Jamal tidak dapat menahan sebak

Bakat seninya turut meliputi penulisan skrip, menyanyi, bermain alat muzik dan mengarah.

Kesihatan beliau mula merosot apabila beliau menghidap sakit tulang belakang sejak 20 tahun lalu, serta beberapa penyakit lain.

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa menziarahi beliau di rumahnya pada 1 Januari lepas menyifatkan Jamal sebagai legenda dunia penyiaran serta insan yang berjiwa besar yang berjaya mempengaruhi pemikiran sebahagian besar rakyat menerusi program ‘Mini Parlimen’ itu.

“Ini kerana sebahagian besar daripada program tersebut bukan sahaja ada tarikan pada lawaknya tetapi ia lebih berunsur kepada pendidikan,” katanya. – Bernama

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Artikel

Pak Cik Jamal Mini Parlimen 1983-1992 Meninggal Dunia
Dr Fuh

Nota: