Oppo R11 baru sahaja dilancarkan secara rasminya pada penghujung minggu lepas, dan kini, peranti berkenaan juga turut telah melepasi pengesahan Sirim, menandakan ia bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Oppo R11 sekali lagi memfokuskan kepada sokongan kamera pada telefon. Oppo R11 menggunakan dwi-kamera belakang, dan menjadi peranti Oppo pertama dengan kamera seumpamanya.
Dari segi spesifikasi, Oppo R11 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.
Pada bahagian kamera, ia dilengkapi dwi-kamera belakang 20-megapixel dan 16-megapixel yang menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 2 kali, sementara kamera hadapan 20-megapixel. Oppo turut melengkapkan ia dengan sokongan pengecasan pantas melalui port mikro-USB.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan tempatannya lagi. Mungkin kita akan melihat pelancarannya atau pengumumannya untuk pasaran tempatan dalam beberapa minggu lagi.