Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan tidak disangka Ramadan yang mulia pula sudah hampir ke penghujung. Sudah menjadi kebiasaan membeli baju baru sempena Aidilfitri. Kepada yang mungkin mahu melakukan perbezaan, mungkin ia boleh diraikan dengan pembelian peranti pintar baru.
Oppo akan meraikan Aidilfitri dengan promosi barangan percuma dengan setiap pembelian peranti keluaran mereka. Antara yang ditawarkan ialah beg galas berjenama FC Barcelona dengan setiap pembelit Oppo R9S Plus dan pengecas dalam kenderaan dengan pembelian Opo A77. Promosi ini ditawarkan hanya sehingga 30 Jun ini.