Oppo Berkongsi Dua Gambar Yang Diambil Menggunakan Oppo R9S

Oppo R9S akan dilancarkan pada 19 Oktober hadapan. Ia bakal menggunakan kamera  utama sebesar 16-Megapixel dengan sensor terkini IMX398 keluaran Sony. Ini ialah sensor yang lebih terkini berbanding IMX300 yang digunakan pada Sony Xperia XZ. Pihak Oppo mula berkongsi beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan R9S dan kualitinya amat memuaskan.

Gabungan sensor terkini dengan lensa f/1.7 memberikan kemampuan mengambil gambar pada waktu malam yang baik. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang dipercayai akan menggunakansensor yang sama. Seperti Oppo F1 Plus, R9S ialah peranti yang mensasarkan golongan pakar selfie.  Ia mengekalkan skrin 5.5″ HD penuh AMOLED tetapi kini dilengkapi pemproses Snapdragon 625.

oppo-r9s-photo-1

 

 

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: