Opera Mini 8 Hadir Membawakan Kemaskini Dari Segi Rekaan Dan Beberapa Fungsi Baru

Opera Mini merupakan salah satu pelayar web yang popular dikalangan pengguna peranti berasaskan Java, dan hari ini pihak Opera Software mengumumkan pengenalan Opera Mini 8 secara rasminya.

Opera Mini Lapan

Opera Mini 8 dilihat menyertakan antaramuka baru untuk pengguna yang menggunakan peranti berasaskan Java dan juga BlackBerry OS. Melalui paparan baru ini, ia turut menambah-baik sokongan Speed Dial yang popular dengan pelayar web Opera.

Disamping kemaskini dari segi paparan, pihak Opera turut menyertakan dua fungsi baru pada pelayar web mereka ini, iaitu Private Browsing dan juga sokongan Night Mode.

Melalui Private Browsing, ia tidak meninggalkan sebarang jejak pada pelayar web anda apabila ia ditamatkan, sementara untuk Night Mode pula ia membawakan paparan yang dioptimasikan ketika digunakan pada waktu malam dan gelap.

Bagi mereka yang menggunakan Opera Mini, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, ataupun memuat-turun versi baru daripada laman Opera secara percuma.

Muat-Turun Opera Mini 8

Nota: